Aktiviti Berjalan 10,000 Langkah di Karnival Jelajah Sihat Bentong Pahang. Aktiviti Berjalan 10,000 Langkah di Karnival Jelajah Sihat Arau, Perlis. Pasukan kelab doktor muda sk seri samudera manjung raya menjadi johan acara berjalan 10000 langkah merdeka. Program 10,000 Langkah Amalan Gaya Hidup Sihat KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di Kuala Terengganu. Beauty Factory Full Game. 10,000 Langkah Sehari. Sijil Gegar 10,000 Langkah 2016: Poster (BM). Kementerian Kesihatan Malaysia: Paparan Terbaik: Menggunakan Internet Explorer 7.

Kempen Berjalan 10,000 Langkah 1. PENGENALAN Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009.

Program 10000 Langkah KkmProgram 10000 Langkah Kkm

Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3% tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif. MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERJALAN 10,000 LANGKAH Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan pada ketika itu, Dato’ Seri Liow Tong Lai di Taman Wetland Putrajaya. Ia telah melibatkan hampir 7000 penyertaan peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis tersebut adalah acara berjalan beramai-ramai sejauh 1.5 km, pameran kesihatan cara hidup sihat, pertandingan mewarna, sukaneka berasaskan aktiviti fizikal, cabutan bertuah, persembahan tarian, cabutan bertuah dan gerai jualan. AKTIVITI BERTERUSAN PEMANTAPAN KEMPEN Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mewar-warkan tentang maklumat berkaitan aktiviti berjalan 10,000 langkah ini termasuklah kempen menerusi media massa dan program berjalan 10,000 langkah di peringkat negeri serta daerah. Selain daripada itu, inisiatif telah diambil untuk mewujudkan trek berjalan 10,000 langkah di setiap negeri. Sehingga 2013 terdapat 45 trek 10,000 langkah di seluruh negara. Berikut adalah contoh beberapa Trek 10,000 Langkah di beberapa buah negeri. Trek 10,000 Langkah di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Trek 10,000 Langkah di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 2.

Trek 10,000 Langkah di Universiti Malaysia Sabah. Trek 10,000 Langkah di Taman Tengku Anis Pengkalan Chepa Kelantan. Trek 10,000 Langkah di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar Perlis.

dynapolar – 2018